Thursday, June 15, 2006

Lat Ta Li Lat - KristaL (lirik)

Lagu : Lat Ta Li Lat
Album : Pak Belalang (2002)
Artis : KristaL
Pencipta : Usop Kopratasa
Penulis : Mael


Buat perhitungan mu
Panji mana yg kau kibarkan
Kuatkan semangatmu
Kenakan tanjak ketuananmu itu
mana keris pusaka milikmu
Simpan disarung
Jika tak perlu
Acukan pada seteru
Bukan belakang aku

Buat perhitunganmu
Tangan mana yg ko akan jabat
Kuatkan gengamanmu
Jgn terlepas satu akal geliga
Naskah mana yg mesti ko baca
Sandiwara sang empunya
Kisah dialam nyata atau retorik sahaja

Jgn nak cuba-cuba
Kau bersila padat mulut tersumbat
Ohh..di atas pagar itu
Tutup teliga dan tutup mata
Kalau lah nasib pagar tersungkur
Kau pula yang terkubur

Ohh..lat ta li lat
Macam-macam cara nak buat
Cara ikut dia atau cara ikut kita
Ohh..lat ta li lat
sebut jangan silap jangan pelat
Ohh..lat ta li lat
Kalau ko dah hebat
Jangan terlompat2
Mari lat ta li lat
Lat ta li lat
Yeaahhh..

No comments: